Friday, February 15, 2013

Sudah Sem Baru !


Assalamualaikum !

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini,terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama yang saya kira boleh member manfaat kepada semua.Hari ini 15/2/13 bermula la fasa terbaru kehidupan mahasiswa melangkah menuju ke semester 6 tahun 3.Tanpa disedari,sudah berlalu 3 tahun alam mahasiswa dan tinggal setahun lagi bergelar mahasiswa USIM yakni dalam bidang degree.Sememangnya alam mahasiswa ini menuntut seribu kepahitan dan dugaan dalam melongkah arus untuk lebih berketerampilan semasa di dunia luar.Sewajarnya kita sebagai hamba Allah serta mahasiswa mempunyai tugasan yang berat iaitu sentiasa menunjukkan teladan dan baik serta berdakwah kepada sekeliling agar hati mereka terbuka untuk mengikut kita.Seringkali jika kebaikan itu sentiasa dipedulikan sekeliling,namun hati manusia sentiasa berkehendakkan kebaikan. Doakan agar mereka juga akan menerima secara perlahan-lahan serta mendoakan agar diri kita sentiasa baik dan bertambah baik.Sememangnya pada dunia akhir usia,untuk mencari seseorang yang sempurna seamatnya sukar tetapi berusaha menjadi seseorang yang sempurna serta melakukan perubahan itu amatlah dituntut dan sangat progresif dalam kehidupan kita.


Sudah Sem Baru !
Pada waktu ini,sudah termaktublah bahawa saya sudah menjadi mahasiswa tahun 3 semester 6.tinggal setahun lagi.Smoga ilmu yang dapat di USIM mahupun sepanjang pengajian saya ini berkat serta diredhai oleh Allah s.w.t

TAHUN 3 SEMESTER 6

- METODOLOGI PENYELIDIKAN
- PENGURUSAN RISIKO
- PENGURUSAN BAITULMAL, WAKAF DAN FARAID
- PENTADBIRAN KORPORAT
- URUS TADBIR KORPORAT
- PERHUBUNGAN PELABUR
- UNDANG-UNDANG SYARIKAT