Preview album Devotees (BERJALAN TANPA HENTI)
Wow!sekian lama meminati kumpulan ini sejak zaman persekolahan lagi,Devotees tampil dengan album baru yang lebih mantap vokal,kaloborasi,sususan muzik,serta lagu2 yang menarik di dalam album ini.Tidak seperti album hafiz hamidun,album ini dimuatkan sebanyak 9 lagu sahaja tetapi lagu2 yang dimuatkan saya boleh gerenti ianya amatlah baik,bagus serta penuh dengan nilai2 kemanusiaan dan motivasi semangat kepada diri.Kalau dahulu kita mengenal Devotees melalui lagu yang agak jiwang seperti Mahar Cinta,Sahabat,Kekasih,sekarang lagi mereka lagi tampil menyakinkan.Lagu2 jiwang tiada ya melainkan lagu2 pemberi semangat..Oh ya!disebalik saya mendapatkan album ini,saya sanggup meredah ke Kajang dan mendapatkan album ini sahaja (macam la Kajang jauh sangat dengan Nilai).Kerana apa?kerana Devotees kumpulan yang saya amat amat ngefes (minat) selain UNIC.Jom preview satu persatu lagu
BERJALAN TANPA HENTI (4:10)
Lagu ini merupakan pembukaan yang baik,rentak yang baik,lirik yang member semangat kepada siapa2 yang mendengar.Vokal yang mantap.Sesuai untuk orang2 lemah semangat ini.Salah satu ayat yang menarik “ Jika kau rebah,jika kau kalah,Bersaksilah rahmatNya akan terserlah.Segala kepahitan,segala keperitan,terima bagai penghapus dosa,malang yang menimpa ,luka yang melara,mungkin dibaliknya ada bahagia.
BERSAMA(4:39)
Lagu ini tidak perlu disangkal lagi kredibiliti komposer dan penulis lirik ini apabila mendengarnya cukup2 mengingatkan tentang zaman2 dahulu,zaman kemanisan bersahabat,zaman bermula jatuh bangun pelajar ini.Lagu ini cukup mengingatkan saya tentang sahabat saya di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.Lagu ini mempunyai 4 versi,piano,pop nasyid,akustik dan minus one.Harmoni serta gabungan suara membuatkan lagu ini seperti berada di pertandingan koir.Sure Nice!
HADIRNYA CAHAYA S.A.W (3:40)
Wow!pada awalnya saya hanya menggangap ianya satu lagu selawat yang biasa tetapi mendengarnya membuatkan bibir terikut sama,kaki menghentak sama,hati berselawat bersama2.Adunan yang menarik antara pop modern serta muzik Arabic membuatkan lagu ini seperti berada di Tanah Arab.Susunan lirik yang ringkas serta kemantapan vokal kumpulan ini membuatkan diri berselawat bersama2.
SELAGI HAYATMU DISINI(4:27)
Lagu ini pada awalnya agak berat dan mendayu2 tetapi ia bukanlah penghalang untuk saya meminati lagu ini kerana lagu ini cukup member aspirasi kepada saya untuk meneruskan kehidupan di U khususnya dan di dunia ini umumnya.Lagu ini cukup memberi semangat serta kadang2 sedih jikalau mendengarnya ketika keseorangan dan berada di dalam masalah.Lagu ini dipilih sebagai caller ringtone saya.Sebabnya ia best dan menyentuh hati.Antara sebahagian lirik di dalam lagu ini yang menarik hati saya “Biarkan mereka kata apa saja,biarkan mereka mencemuh menghina,pedulikan saja halangan yang tiba,semua itu ada dugaan darinya,tabahkan hatimu,cekalmu jiwamu,Pasrahkan dirimu padaNya yang satu,akan tiba waktu mereka kan tahu siapakah sebenarnya dirimu.”Overall lagu ni best!
DON’T WALK AWAY (3:42)
Wow!sound great!.saya hampir tidak tahu mana hendak letakkan level untuk lagu ini.Lagu ini seperti Lament yang terdapat dalam album yang lepas tetapi lebih rancak serta menarik,Mungkin ia nya untuk menarik pendengar2 yang gemar mendengar lagu Inggeris.Vokal Adi yang juga penyanyi utama Devotees ini tidak perlu disangkal.Susunan muzik menarik!saya berpendapatan lagu ini the best from this album.
HARAPAN FEAT SALLEH BROTHERZ (4:44)
Lagu ini sebenarnya sudah lama saya dengar semasa di bangku sekolah lagi,tetapi ia merupakan kombinasi menarik bersama Salleh yang berkemampuan untuk mencapai high range vocal.Lagu berkisarkan harapan,kemanusiaan ini amatlah baik serta kombinasi kumpulan ini dan Salleh Brotherz ini amatlah menarik dan ternyata Devotees melakukan penyesuaian dan ketelitian yang halus.Thumbs Up untuk Devotess dan Salleh!
RINDU KEDAMAIAN (4:35)
Rindukan kedamaian ini adalah satu impian semua manusia di dalam dunia ini namun bukanlah semua manusia yang dapat merasai nikmat sebegini,susunan lirik yang menarik serta kerja menyusunkan lagu ini dipuji kerana mampu melahirkan lagu yang baik sebegini.Lagu ini mengingatkan saya kembali lagu2 lama nasyid seperti Damai Yang Hilang dan Bilakan Damai.Terbaik!
BERSAMA (AKUSTIK DAN MINUS ONE) (4.24)
Apa yang menariknya mengenai album ini adalah bonus lagu bersama dalam versi akustik dan minus one,membuatkan kita mempunyai pilihan untuk mendengarkan versi lagu ini.WOW!satu lagu ada 4 versi?(piano,pop nasyid,akustik,minus one).Ternyata lagu ini membawa aura kepada pendengar2 kegemaran ini.Saya sendiri menyukai lagu ini dizaman sekolah dan sehingga sekarang masih lagi mendengar.Cuba anda dengarkan,pasti anda turut terbuai dengan kenangan persekolahan yang menarik!.Apa2 pun terbaik untuk Devotees
*Teringat dahulu ketika sahabat memberi saya lirik lagu sahabat dari Devotees serta membingkaikan words “MAAF”.Sehingga saya masih menyimpan karya beliau itu,Kertas warna kuning lagi,kegemaran beliau.Walaubagaimanapun memiliki 2 album Hafiz serta Devotees membuatkan anda tidak kerugian dengan laburan duit yang anda lakukan.Amat berbaloi!5 bintang dari saya..:)
Design album yang mantop!Caya lah..:)