Monday, August 22, 2011

Tetamu Istimewa...:-)

Assalamualaikum salam ramadhan al-mubarak.Dup Dap Dup Dap begitu pantas ya masa berlalu pergi.Sedar mahupun tidak ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua.Untuk baki sisa ini,marilah sama2 menghabiskan kudrat kita untuk meraih sebanyak2 ganjaran di bulan yang mulia ini.Lebih menyedihkan ketika seusai 10 hari puasa,lagu2 raya sudah kedengaran.Masya-Allah.Kesian pada Ramadhan.Umpama yang senang yang saya mahu kaitkan seperti kita menceritakan pada tetamu kita sekarang(Ramadhan) akan meriahnya kedatangan tetamu yang akan datang(syawal).Kalau saya la erk.konpem touching sebab setahun sekali datang menziarah tetapi semasa kunjungan itu,sang penerima asyik leka menceritakan tetamu yang akan datang.Aduyai.haa..sedang asyik bercerita mengenai tetamu.Hari ini saya akan menceritakan mengenai tetamu istimewa.Haa..apa yang istimewanya?.Jeng Jeng Jeng.Istimewanya mengenai tetamu ini adalah sang empunya badan ini menuntut di bumi anbiya yakni Jordan.Ha..tetamu ini kena la rahsia kan.Tetapi yang menariknya mengenai tetamu ini kerana beliau sudi menghadiahkan saya sehelai Jubah Morocco yang dah lama idam-idamkan..Fuyoh,bukan senang dapat tau.Lebih2 lagi tetamu saya ini sedang menuntut di Jordan (ambil berkat Jordan sket).Ketika itu saya dah rasa lain rasa sebabnya saya tahu yang tetamu saya ini sampai di KLIA pada pukul 1.30 ptg dari Jordan.Tetapi,ketika itu saya masih berada di Pahang kerana memenuhi tuntutan kawan2 SPM untuk berbuka puasa bersama2.Alhamdulillah,akhirnya saya sampai jua di KLIA pada pukul 6.20 ptg ketika tetamu saya ini hampir untuk check-in berlepas ke negeri kelahirannya Kedah Darul Aman.
Jeng Jeng JengHaa.Di KLIA la sempat bertemu seketika.
   
Haa.comel kan.Siap ada penutup kepala lagi.Lepas ini,boleh la kacau2 orang lepas sembahyang terawih.he3 (jahat la niat)
Haa.Kalau si jubahnya comel.kena la si pemakai nya comel..baru lah ngam (kuat perasan la blogger nih.)
 
Dan ini yang penting,cenderamata yang nampak sedikit nilainya pada harga tetapi mahal dari sudut ingatan.terima kasih banyak2 tetamu istimewa kali ini.Moga ALLAH jua lah yang membalas semua kebaikanmu sahabat.Ameen~~


Saturday, August 20, 2011

Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan - USIM

Salam.seperti biasa la kan.dah lama x update blog ni.Hari ini saya lebih tertarik untuk menceritakan mengenai bidang yang saya menuntut di Universti Sains Islam Malaysia iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan (Kepujian) selama 4 tahun..(fuh..lamanya)..
Justifikasi Program :
  • Program yang merangkumi semua aspek Pendidikan Islam dan bidang yang berkait rapat dengan Perakaunan dan Kewangan Islam serta konvensional.
  • bagi memenuhi permintaan semasa pasaran dalam bidang pentadbiran korporat, di mana bilangan graduan profesional masih rendah yang berdaftar dengan Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA), berbanding dengan lebih 700 000 syarikat yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  • Karier utama ialah Setiausaha Syarikat dengan kelayakan exam professional dari MAICSA. Antara peluang kerjaya lain ialah legal advisor, eksekutif pemasaran, penasihat kewangan, penasihat pelaburan ekuiti.
 
Komponen Program :
  • pengajian sepenuh masa selama 4 tahun ( 8 semester )
  • sekurang-kurangnya 138 jam kredit
Struktur Program :
  • terbahagi kepada 4 bahagian :
  1. Kursus Wajib Universiti - 22 unit
  2. Kursus Wajib Fakulti - 26 unit
  3. Kursus Wajib Program - 84 unit
  4. Kursus Elektif Program - 6 unit
Program Wajib Fakulti :
  • Tahun pertama : Lawatan Industri
  • Tahun kedua : Lawatan Antarabangsa
  • Tahun Ketiga : Program Usahawan ( I-ceps)
  • Tahun Keempat : Latihan Industri
Semasa menjalani Lawatan Industri.Inilah Geng2 Korporat Saya!..



now, let's see what are the courses offered (which is compulsory for everyone to take) in first year : 
Sem 1 :
  • Bahasa Inggeris 1
  • Bahasa Inggeris 2
  • Bahasa Arab 1
  • Bahasa Arab 2
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • Hubungan Etnik
  • ICT
  • Ko-Kurikulum
Sem 2 :
  • Bahasa Inggeris (for business)
  • Bahasa Arab (for business)
  • Prinsip dan Amalan Komunikasi Dakwah
  • Pengantar Perniagaan
  • Prinsip dan Amalan Pemasaran
  • Ekonomi Perniagaan
(you guys will also have a short sem for about 2 months which is also compulsory for all first year students, except admin will diminished it..hee)

Short Sem :
  • Akidah Islam
  • Fiqh Ibadat dan Munakahat
and this is my batch! :)... going to be 2nd year this upcoming semester.  
and welcome to all juniors! :)