Monday, December 27, 2010

Salam Pembuka Bicara


Alhamdullillah.masih dikurniakan kudrat yang masih kuat dan utuh untuk PP berbicara dan berkomunikasi bersama kawan2 PP.Walaupun masih syok dibuai indahnya cuti semester tetapi ia bukanlah cuti untuk kite bersama-sama memikirkan mengenai diri kita dan masa depan kite serta amalan kita.Sejak akhir-akhir ini,kawan2 USIM PP asyik berdebar menanti keputusan final exam.Hish..PP pun debar gak,beberapa kali check kat portal USIM tetapi x keluar jugak..Aiyo..bikin debar nih.Kepada kawan2 PP yg belum mengambil keputusan final,PP ucapkan all the best dan yang sudah pun mengambil dan mendapat keputusan baik,PP ucapkan tahniah dan moga usaha anda itu seiringan sampai ke akhir pengajian kita,InsyaALLAH.Dan kepada yang mendapat keputusan tidak memuaskan,jangan berdukacita dan perjalanan anda bukanlah berakhir di sini.Pada minggu ini,PP hendak berkongsi cerita mengenai subjek pembelajaran PP yang akan ambil pada semester 2.Wah!PP tak tau untuk komen mengenai subjek ini tetapi ia merupakan sesuatu yang mencabar untuk diri PP dan kawan2.

KOD
KETERANGAN
KREDIT
KUMPULAN
AAA1043
PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DA'WAH
3
KMA
MCA2013
PRINSIP DAN AMALAN PEMASARAN
3
KMA
MEA2013
EKONOMI PERNIAGAAN
3
KMA
MGA1013
PENGANTAR PERNIAGAAN
3
KMA
UBA1062
BAHASA ARAB III (SAINS SOSIAL)
2
BMD1
UBE2032
BAHASA INGGERIS PERNIAGAAN
2
BMD1











Selain itu,pada semester 2,PP tidak akan duduk di hostel luar USIM kerana PP ditawarkan untuk menetap di hostel kampus kerana PP terlibat dengan badan beruniform..Hostel ini dinamakan Kolej Kediaman 1 (KK1).Hostel ini baru dibuka pada tahun ini.Jadinya PP merupakan generasi pertama merasmikan hostel ini.

Haa..Ni suasana dalam KK1        

 Ok la..smpai di sini saje kalam PP.Lusa nanti PP bakal mendaftar masuk ke KK1 dan memulakan kulliah 3 aribulan..Selamat belajar kepada semua..All the best! :-)

Tuesday, December 14, 2010

Zaman Persekolahan PP

Salam semua..
Hari ini PP hendak berkongsi kerinduan PP terhadap kenangan lama PP bersama kawan2.Kali ini PP akan bercerita mengenai kenangan PP semasa menuntut di KULLIAH AL-LUGHAH WA-ADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR ,PEKAN (THE ROYAL TOWN OF PAHANG).Hehehe.

PP mula mendaftar masuk ke sini pada tahun 2009.Apa yang menariknya di sini ialah di sini lah satu-satunya sekolah tinggi yang menempatkan tingkatan 6 (STAM,STPM).No budak2 F1-f5.hehehe..Setelah kami menamatkan SPM di sekolah menengah agama masing-masing,kami berkumpul dan mengambil STAM,STPM di sini.Jadinya kami hanya berkenalan selama setahun je,Kat sini,kitaorang hanya mengambil peperiksaan STAM setahun je.(walaupun boleh ambik 2 tahun),STPM pula amik 2 tahun.
Bermula disini lah,PP ditempatkan di kelas 6 Al-Majdu.Kawan-Kawan PP sumenya ada 33 orang.Di tambah pula dengan guru kelas kami,Sir Mishkatuddin.

Inilah rakan2 kelas PP.Kelas Al-Majdu semuanya..alhamdulillah.Semuanya berjaya melepasi STAM dengan berjaya.Satu rekod yang baik.Bukan senang untuk berjaya dalam STAM.Semuanya ada 11 subjek.Satu Gagal Semuanya GAGAL..Sekarang ini,masing-masing berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.Berikut adalah pengajian masing2 selepas Berjaya dalam STAM.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) = 17 orang
Universiti Al-Azhar = 9 orang

Universiti Islam Malaysia (UIA) = 2 Orang
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNisza) = 1 orang
Universiti Malaysia Pahang (UMP) = 1 orang
Universiti Utara Malaysia (UUM) = 1 Orang
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) = 1 orang
Maktab Perguruan Kuala Lipis = 1 orang

 Alhamdulillah.Kami semua dah berlalu zaman STAM kami sekaligus berakhirlah era persekolahan.PP berharap kawan2 PP semuanya tabah menghadapi dugaan ketika berada di alam universiti.Salam rindu untuk semua kwan2 PP.

Tuesday, December 7, 2010

Pedulikah kita terhadap isu ini?


Salam maal hijrah semua,hari ini PP mahu membicarakan ataupun mengajak para pelawat blogger PP bermuhasabah diri seketika,merujuk kepada diri adakah kita ini sentiasa menunjukkan sifat kita sebagai Hamba ALLAH di dunia ini.Hari ini PP mahu berbicara tentang isu yang memeranjatkan seluruh Malaysia iaitu Pelajar IPTA jadi GRO?.Realiti atau tidak inilah hakikat yang perlu ditelan oleh seluruh masyarakat kita.Salah siapakah semua ini?,salah Universiti?salah keluarga?salah agama?salah pilih kawan?.PP tak nak salahkan siapa tapi tanggungjawab membenteras gejala tidak sihat ini harus dipikul bersama.Allah Ta'ala berfirman, "Kalian umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kalian menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Ali Imran: 110).PP agak terkejut dan terkesima seketika kerana Malaysia dahulunya terkenal dengan budaya sopan santunnya yang tinggi namun sekarang hanya berbeza sedikit sahaja dengan Los Angeles,London,New York.Ini zaman PP ketika berusia 20 (muda lagi).Cuba bayangkan jikalau PP berusia 30-40 tahun lagi?.Ya ALLAH peliharalah akhlak kami khususnya umat Islam.Ameen.Ok.Sekarang ini kita fokus kepada tajuk sekarang.Pelajar IPT jadi GRO?.Sebenarnya tajuk ini agak berat untuk PP membicarakan tetapi atas faktor tanggungjawab keatas masyarakat kita,PP bertekad jua untuk mengupasnya.Maap jikalau tidak memuaskan hati semua.PP teringat hadis Nabi Muhammad bermaksud “Kemiskinan membawa kekufuran”.Kita selalu mengaitkan hadis ini mempunyai kaitan dengan harta.PP bersetuju tetapi PP lebih suka mengaitkan dengan HARTA JIWA.Apakah pula harta jiwa wahai PP oii?merepek ke?hehehe..Secara tuntasnya,harta jiwa ini pegisian kerohanian jiwa dan hari kita untuk memacu@memandu jasad kita.Secara kasarnya,kita sering makan untuk mengisi perut kita agar kenyang dan dapat melakukan aktiviti dengan sempurna tetapi pernah kah kita mengisi selalu jiwa dengan makanan kerohanian agar dapat memacu hati dan jasad kita supaya berfikir dan bertindak berlandaskan keimanan dan ketakwaan kita kepada Ilahi?.Bersama-sama kita berfikirkanlah yaa.Sabda Junjungan kita ini terbukti kebenarannya pada zaman ini.Pelajar IPT menjadi contoh terbaik untuk membuktikan kebenaran hadis ini.Pihak KPT menyangkal keras bahawa yuran pengajian yang ditetapkannya melebihi kemampuan seseorang pelajar.Selain itu,terdapat banyak sumber kewangan seperti PTPTN,MARA,YAYASAN sedia untuk membantu meringankan beban.So,tiada halangan untuk seseorang pelajar itu untuk menjual diri bagi menampung kos sara hidup ketika berada di U.PP sendiri menjadi dan merasai dunia Universiti.Memang agak sempit jika kita berada dalam situasi kewangan yang terhad tetapi masalah itu boleh diatasi dengan perancangan kewangan yang teratur.


 Antara faktor utama ialah kekurangan pengisian agama dalam agama.PP bersetuju sangat.Firman ALLAH “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran”.Lihat!.Allah sendiri memberi jaminan bahawa solat dapat mencegah daripada kemungkaran,tetapi solat yang macammana yang memenuhi piawaian yang dapat mencegah hati daripada kemungkaran?Solat yang benar2 ikhlas dan khusyuk kepadaNYA.Apakah kesan solat khusyuk kepada hati kita?Kesannya adalah menimbulkan takwa kepada ALLAH iaitu berasa takut kepada ALLAH serta buat apa yang ALLAH suruh serta meninggalkan apa yang ALLAH larang.PP agak berasa sedih apabila aktiviti2 agama seperti usrah,halaqah,ceramah sering dikaitkan dengan politik.PP bukanlah memihak kepada mana2 parti apatah lagi usia PP pun tidak cukup untuk mengundi tetapi PP berasakan menda yang baik harus diterapkan dan di fahami semua pihak. Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman. (Surah adh-Dhariyat: 55).Maka,fahamilah bahawa sebaik-baik jalan keluar bagi masalah ini adalah KEMBALI KEPADA AGAMA.Nabi bersabda “Sesungguhnya Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara,maka tidak tersesat selama-lamanya jika kamu berpegang selama-lamanya,iaitu AL-QURAN dan SUNNAHKU”.Secara konklusinya,marilah kita sama-sama menambahkan pengisian kepada diri kita khususnya PP agar sentiasa peka dengan masalah-masalah ini supaya kita sama-sama menjadi makhluk ALLAH yang sentiasa merindui biah solehah yang lama kita tidak merasainya..Sampai disini sajalah kalam PP.Majulah diri untuk Islam tercinta.Wassalam’

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah! Satu Muharam Detik Permulaan!

HIJRAH MENUJU ALLAH
Artis: Devotees
Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Salam maal hijrah kepada semua pembaca-pembaca blog PP (Pendekar Pajam).Moga apa yang dilalui pada tahun lepas mampu diambil pengajaran untuk kita semua.Salam Maal Hijrah Semua!!