Tuesday, December 7, 2010

Pedulikah kita terhadap isu ini?


Salam maal hijrah semua,hari ini PP mahu membicarakan ataupun mengajak para pelawat blogger PP bermuhasabah diri seketika,merujuk kepada diri adakah kita ini sentiasa menunjukkan sifat kita sebagai Hamba ALLAH di dunia ini.Hari ini PP mahu berbicara tentang isu yang memeranjatkan seluruh Malaysia iaitu Pelajar IPTA jadi GRO?.Realiti atau tidak inilah hakikat yang perlu ditelan oleh seluruh masyarakat kita.Salah siapakah semua ini?,salah Universiti?salah keluarga?salah agama?salah pilih kawan?.PP tak nak salahkan siapa tapi tanggungjawab membenteras gejala tidak sihat ini harus dipikul bersama.Allah Ta'ala berfirman, "Kalian umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kalian menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Ali Imran: 110).PP agak terkejut dan terkesima seketika kerana Malaysia dahulunya terkenal dengan budaya sopan santunnya yang tinggi namun sekarang hanya berbeza sedikit sahaja dengan Los Angeles,London,New York.Ini zaman PP ketika berusia 20 (muda lagi).Cuba bayangkan jikalau PP berusia 30-40 tahun lagi?.Ya ALLAH peliharalah akhlak kami khususnya umat Islam.Ameen.Ok.Sekarang ini kita fokus kepada tajuk sekarang.Pelajar IPT jadi GRO?.Sebenarnya tajuk ini agak berat untuk PP membicarakan tetapi atas faktor tanggungjawab keatas masyarakat kita,PP bertekad jua untuk mengupasnya.Maap jikalau tidak memuaskan hati semua.PP teringat hadis Nabi Muhammad bermaksud “Kemiskinan membawa kekufuran”.Kita selalu mengaitkan hadis ini mempunyai kaitan dengan harta.PP bersetuju tetapi PP lebih suka mengaitkan dengan HARTA JIWA.Apakah pula harta jiwa wahai PP oii?merepek ke?hehehe..Secara tuntasnya,harta jiwa ini pegisian kerohanian jiwa dan hari kita untuk memacu@memandu jasad kita.Secara kasarnya,kita sering makan untuk mengisi perut kita agar kenyang dan dapat melakukan aktiviti dengan sempurna tetapi pernah kah kita mengisi selalu jiwa dengan makanan kerohanian agar dapat memacu hati dan jasad kita supaya berfikir dan bertindak berlandaskan keimanan dan ketakwaan kita kepada Ilahi?.Bersama-sama kita berfikirkanlah yaa.Sabda Junjungan kita ini terbukti kebenarannya pada zaman ini.Pelajar IPT menjadi contoh terbaik untuk membuktikan kebenaran hadis ini.Pihak KPT menyangkal keras bahawa yuran pengajian yang ditetapkannya melebihi kemampuan seseorang pelajar.Selain itu,terdapat banyak sumber kewangan seperti PTPTN,MARA,YAYASAN sedia untuk membantu meringankan beban.So,tiada halangan untuk seseorang pelajar itu untuk menjual diri bagi menampung kos sara hidup ketika berada di U.PP sendiri menjadi dan merasai dunia Universiti.Memang agak sempit jika kita berada dalam situasi kewangan yang terhad tetapi masalah itu boleh diatasi dengan perancangan kewangan yang teratur.


 Antara faktor utama ialah kekurangan pengisian agama dalam agama.PP bersetuju sangat.Firman ALLAH “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran”.Lihat!.Allah sendiri memberi jaminan bahawa solat dapat mencegah daripada kemungkaran,tetapi solat yang macammana yang memenuhi piawaian yang dapat mencegah hati daripada kemungkaran?Solat yang benar2 ikhlas dan khusyuk kepadaNYA.Apakah kesan solat khusyuk kepada hati kita?Kesannya adalah menimbulkan takwa kepada ALLAH iaitu berasa takut kepada ALLAH serta buat apa yang ALLAH suruh serta meninggalkan apa yang ALLAH larang.PP agak berasa sedih apabila aktiviti2 agama seperti usrah,halaqah,ceramah sering dikaitkan dengan politik.PP bukanlah memihak kepada mana2 parti apatah lagi usia PP pun tidak cukup untuk mengundi tetapi PP berasakan menda yang baik harus diterapkan dan di fahami semua pihak. Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman. (Surah adh-Dhariyat: 55).Maka,fahamilah bahawa sebaik-baik jalan keluar bagi masalah ini adalah KEMBALI KEPADA AGAMA.Nabi bersabda “Sesungguhnya Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara,maka tidak tersesat selama-lamanya jika kamu berpegang selama-lamanya,iaitu AL-QURAN dan SUNNAHKU”.Secara konklusinya,marilah kita sama-sama menambahkan pengisian kepada diri kita khususnya PP agar sentiasa peka dengan masalah-masalah ini supaya kita sama-sama menjadi makhluk ALLAH yang sentiasa merindui biah solehah yang lama kita tidak merasainya..Sampai disini sajalah kalam PP.Majulah diri untuk Islam tercinta.Wassalam’

No comments:

Post a Comment