Friday, March 23, 2012

Menjadi Diriku - Edcoustic

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki
Salah satu lirik lagu Edcoustic yang sangat memberi sumber inspirasi saya.!


Saturday, March 17, 2012

Peringatan Sebelum Melangkah Ke Dunia Baru



"Menyesal aku kahwin awal'" luahan insan yang berkahwin awal.

"Lebih seronok rupanya hidup bujang sendiri" luahan insan yang telah puluhan ribu dihabiskan untuk majlis perkahwinan.

"Jadi andartu pun takpe, hati tak sakit" luahan insan yang berkahwin di usia lewat.

"Kalau aku tau, aku takkan pilih suami orang" luahan isteri kedua, ketiga.

"Sepatutnya aku kahwin dengan orang yang lebih matang" luahan mereka yang kahwin dengan pasangan sebaya atau lebih muda.

" Sepatutnya aku kahwin dengan yang sebaya, yang lebih memahami " luahan yang punya pasangan jauh berbeza jarak usia.

"Betul cakap mak aku dulu, inilah akibat tak dapat restu mak ayah" luahan insan yang perkahwinan ditentang ibu bapa.

"Aku terburu-buru buat keputusan nak kahwin" padahal telah bercinta empat tahun.

Pada yang berhasrat atau telah bernikah, ini adalah peringatan penting:

Ujian, konflik, goncangan, dugaan, pergaduhan, berkelahi, merajuk, tersinggung, terguris, marah, sedih, kecewa, sakit hati, bosan, menyampah, serabut, darah menyirap...

Rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa nak kelar tangan sendiri, rasa nak baling pinggan ke dinding, rasa nak bunuh diri...

Salah satu atau semua ini adalah hampir pasti kalian akan lalui dalam pernikahan yang kalian dambakan..!

Tak kisah lah dengan siapa atau macam mana situasi nya - konflik, konflik dan konflik. Gaduh, gaduh dan gaduh - di dalam alam perkahwinan. Bezanya - konflik banyak atau konflik sedikit. Bergaduh sekejap atau bergaduh lama.

Kahwin awal. Kahwin Lewat. Mak ayah restu. Peminat restu. Mak ayah tak restu. Mertua tak restu. Majlis kahwin 'grand'. Majlis kahwin 'simple'. Kahwin suami orang. Kahwin orang bujang. Kahwin orang dekat. Kahwin orang jauh.

Kahwin dengan artis. Kahwin dengan ustaz ustazah. Kahwin dengan kaki bola. Kahwin dengan kaki masjid. Kahwin dengan jutawan. Kahwin dengan drebar teksi. Kahwin tukang cuci. Kahwin dengan usahawan kelapa bali.

Kahwin di Malaysia. Kahwin kat oversea. Kahwin di sempadan. Nikah di masjid. Nikah di rumah. Nikah di bawah pokok. Kahwin sebaya. Kahwin lebih muda. Kahwin lebih berusia. Kenal lama. Kenal sekejap. Bercinta lama. Bercinta sekejap. Mak ayah pilihkan. Sendiri pilih...... 



Semuanya adalah pasti akan berkonflik!

Dulu waktu bersemangat nikah, hanya fikir nak selesaikan masalah rindu sayang. Masalah tak nak terlibat zina besar dan zina kecil. Masalah kesepian dan kebosanan. Tak tahan pertanyaan dan sindiran orang sekeliling. Peminat dah bising..

Tak bersedia untuk menghadapi siri-siri konflik dengan suami.

Tak bersedia menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama mertua ipar duai.

Tidak belajar proaktif membangun ekonomi rumahtangga.

Tidak belajar mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Tak belajar betapa besarnya hak-hak pasangan.

Tak belajar habit-habit yang sihat dan penting dalam sebuah perkahwinan.

Tak sangka hubungan intim akan bermasalah.

Tak belajar psikologi dan perbezaan cara hidup dan cara fikir pasangan.

Tak menyiapkan bekal taqwa yang menjadi asas kebahagian hakiki hidup berpasangan.

Lalu... apakah kesannya pada cinta dan harapan yang ada tika 'aku terima nikahnya'?

Ya, bernikah adalah tempat menyalurkan keinginan nafsu dan perasaan yang fitrah. Boleh menjadi salah satu solusi mengelakkan perzinaan. Pernikahan boleh menjadi sumber hiburan dan ketenangan. Kehadiran teman hidup mampu meleraikan kesunyian dan kesepian.

Namun harus kita perhatikan juga perkara-perkara penting untuk keberlangsungan sebuah rumahtangga. Fahami dan bersungguh mempraktikkannya bila rumahtangga telah dibina.

Jika tidak matang dan tidak menyedari pentingnya ilmu tentang alam perkahwinan, perkahwinan kita mudah usai setelah beberapa siri hubungan seks.

Jua tanpa iman dan ketaqwaan, mudah saja perkahwinan terbubar kerana merasakan pernikahan sebenarnya tak memberi kegembiraan, namun menyerabutkan dan menyakitkan perasaan...

Pada yang sedang bersemangat untuk bernikah, mungkin apa yang dikongsikan di sini telah kalian faham dan berusaha hadam.. tapi percayalah jika kalian bernikah, setelah musim honeymoon berlalu - baru benar-benar tahu tinggi rendahnya teori dan realiti.

[ Malah jika tak bersedia ilmu, kematangan, kewangan etc, keindahan musim honeymoon yang diharapkan pun tak akan berlaku...]

Pada yang merasa hampir putus asa untuk menikah, baguslah jika kalian terus tabah.

Hadapilah dengan bijak dan berlapis kesabaran dalam mendapatkan sokongan ibu ayah. Belajar menenangkan diri dan bersungguh mencari strategi dalam cabaran kewangan yang tak cukup untuk buat majlis kahwin, tak cukup duit untuk meyakinkan keluarga si perempuan.

Pada yang mudah menyerah kalah, dengan ranjau berliku proses untuk bernikah dan marah-marah tak dipermudahkan ibu ayah untuk bernikah... ayuh kita muhasabah.

Mungkin ada bagusnya kita tak dapat bernikah lagi, kerana selesai satu masalah hati, ada sembilan lagi cabaran alam pernikahan.. mampukah kita hadapi jika ujian sebelum nikah kita sebegitu lemah dan tak tentu arah?

Pada yang telah bernikah, teruslah mengenali dan mendekatkan diri pada ALLAH. Ini kunci pertama menyejukkan keadaan, membahagiakan perasaan.

Kedua, akhlak baik - lapang dada, memaafkan, memberi maaf, senyum, menahan kemarahan, menggembirakan,  dan seribu satu lagi karakter mulia perlu dijadikan perhiasan diri. Seterusnya, tambahkan ilmu dan iman - moga mampu beramal untuk kebaikan, samaada di dalam atau di luar rumahtangga.

Sesungguh, cinta benci dalam alam pernikahan, jua duka lara, suka gembira... adalah rempah ratus kehidupan. Sama-samalah kita mengingatkan diri - bahawa akhirnya kita akan kembali kepada tuhan...

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ


“ (Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)


Wednesday, March 14, 2012

BEDUK DIKETUK - PAHROL MOHD JUOI



Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya 'bingit', namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk, kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu nyaring, namun cukup sekadar dapat dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan.

Uniknya buku ini, ia boleh dijadikan pengukuhan pada pandangan yang sedia benar atau satu muhasabah kepada pandangan yang kurang tepat. Kisah-kisah yang dipaparkan ada kalanya lucu, sinis, mencuit dan memujuk hati pembaca. Subjek yang diketengahkan tidak bersifat personal tetapi lebih menjurus kepada permasalahan umum dan kepentingan bersama. Walaupun dialog-dialog di dalamnya memaparkan kisah-kisah peribadi tetapi penulis berjaya mengangkat persoalan dan gagasan yang tersirat untuk dirasai semua.

Menerusi buku ini, penulis telah memberi kritikan, teguran dan bujukan terhadap masyarakat agar benar-benar komited untuk menegakkan ajaran Islam. Dialog-dialog bersahaja tetapi sarat dengan makna telah digarab untuk menjawab kekeliruan masyarakat tentang kefahaman dan amalan Islam masa kini. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada antara kisah-kisah yang ditulisnya itu 'terkena batang hidung' kita sendiri. Namun semua itu telah disuntik secara lemah lembut melalui rautan kata-kata dan ayat yang lucu dan simple. Hingga itu, kita tergerak merubah pandangan tanpa paksaan, tekanan apatah lagi kutukan.

Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Pastinya pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis ini. Dengan ini otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.

Pahrol Mohamad Juoi adalah seorang penulis yang sudah punya tapak dan jejak sendiri dalam dunia penulisan Islam terutamanya di kalangan pelajar di IPT, warga kerja dalam organisasi kerajaan dan swasta, peminat blog bercorak Islam dan juga pembaca majalah-majalah Islam khususnya Majalah Solusi. Buku-buku beliau seperti Tentang Cinta, Dilema Melayu Islam Kurang Fikir Atau Kurang Zikir, Nota Hati Seorang Lelaki dan Mukmin Profesional telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

Buku-buku tulisan penulis ini memang menjadi koleksi wajib rak buku saya. Saya sukakan cara berfikir di luar kotak yang terdapat dalam penulisan beliau. Pandangan yang bernas, tajam dan berjaya menjentik minda, akhirnya mencetuskan idea yang sangat baik. Penulis sentiasa berfikiran positif dalam menanggapi setiap peristiwa yang berlaku disekeliling beliau. Pada pendapat saya buku ini sangat baik kerana selain dapat menyedarkan saya, ianya juga berfungsi sebagai pengecas minda dengan sudut pandang yang segar, unik dan diluar kotak pemikiran biasa.


Tuesday, March 13, 2012

Don’t Judge Book By It’s Cover


Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana....Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih.


Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing.
Sebab itu jalan cerita kehidupan setiap manusia berbeza. Ada zaman silamnya dipenuhi dengan noda dan dosa. Ada pula yang dilimpahi 1001 kenangan manis terindah. Dan ada yang diselingselikan dengan pelbagai ujian dan cabaran sehingga membuatkan jiwa seseorang insan itu begitu kental sekali menghadapinya.

Namun, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh tipu daya.

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?
Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.
Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walau diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang. Biarkan hati sembuh dari luka lama dan bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.

"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang sekarang!

Saturday, March 3, 2012


TANDA-TANDA GOLONGAN MUNAFIK.. Kalau kita ADA tanda ini?? BUANGKAN!!!

50 tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan sunnah, di antaranya ialah :

1-Malas beribadah kepada Allah.
2-Lupakan kepada Allah.
3-Lalaikan solat fardhu.
4-Mempercepatkan mengerjakan solat.(ertinya tanpa toma'ninah]
5-Gemar meninggalkan solat berjamaah.

6-Meninggalkan solat jumaat.
7-Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.
8-Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.
9-Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.
10-Mengamalkan riak.

11-Hasad dengki.
12-Dusta.
13-MungKir janji.
14-Bakhil.
15-Fitnah.

16-Mencaci maki.
17-Mengumpat.
18-Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
19-Mengengkari Takdir allah.
20-Mempersendakan kesucian Agama.

21-Enggan berjihad dijalan allah.
22-Menghina sahabat Rasullah shallallahu 'alaihi wasallam.
23-Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
24-Menangguhkan pembayaran Hutang.
25-Menipu dalam jual beli.

26-Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).
27-Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.
28-Memakan harta anak yatim.
29-Membuka rahsia orang lain.
30-Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

31-Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.
32-Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.
33-Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.
34-Bermuka dua (talam dua muka).
35-Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

36-Sombong antara sesama manusia.
37-Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.
38-Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.
39-Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.
40-Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

41-Keluh kesah apabila ditimpa musibah.
42-Menghianati sesuatu amanah.
43-Memutuskan hubungan silaturahim.
44-Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.
45-Menghalalkan perkara yang haram.

46-Membuat kerosakan dimuka bumi.
47-Menuduh orang beriman bodoh.
48-Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.
49-Bersumpah dengan selain nama Allah.
50-Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat".[Al-Baqarah:16]