Thursday, June 14, 2012

Sebelum SPARK 2012 Bermula!


Assalamualaikum

Alhamdulillah!dalam sebulan dua yang lepas ini USIM telah menganjurkan SPARK Competition 2012 di mana ia merupakan pertandingan wajib untuk mahasiswa tahun 2 yang mengambil subjek wajib Creative Thinking And Problem Solving.Nampak sangat mudah tetapi sukar untuk memikirkan projek dan model yang hendak dipertontonkan nanti.






Kali ini entry bakal memaparkan dahulu mengenai perjalanan kumpulan kami dalam berusaha untuk mereka-ciptakan satu produk inovasi.


Group yang dipilih merupakan rakan sekelas dan gabungan antara mahasiswa lelaki dan perempuan di mana ia merupakan satu saranan daripada Prof kami yang meminta kami dicampurkan.Dan ianya tercipta dan diberi nama kumpulan Fit 12.


FIT 12 GROUP MEMBERS
MOHD NASRUL HAKIM BIN ROSLAN (PAHANG)
(pemberi idea dan tukang tengok kerja disiapkan je)

WAN MOHD FARIS BIN WAN ABU BAKAR  (KELANTAN )
 (tukang menukang kerja dan tukang tengok present..hi3)

MOHD IZHAMZUHAIRI BIN YA@ZAKARIA (KELANTAN)
(rakan sekerja tukang-menukang.kerja mmg superb!)

MOHD AIZAT BIN MOHD AZAM (TERENGGANU)
(tukang support dan tukang penambahanbaikan produk)

TENGKU FAIZ BIN TENGKU AZLI (KEDAH)
(junior batch korporat yg add subjek ini.agak malu-malu nak tolong senior.)

NOOR ATHIRAH BINTI MOHD RAZIB (KELANTAN)
(bersemangat melakukan poster dan pamplete kumpulan kami)

FATIN FAEZAH (KEDAH)
(panggilan kokdiang sentiasa melekat..pembuat report produk kami)

NUR ASMA’ BINTI YUSOF (TERENGGANU)
(antara fasih berbahasa inggeris dan sentiasa nak promote barangan kami)

NOOR ATIKAH BINTI MOHD AZMAN (PAHANG)
(pencipta logo dan pembuat report kumpulan)

NURUL FARAHANA ZAYANAH (JOHOR)
(pereka poster dan pamplete)

KERJA-KERJA SEBELUM PERTANDINGAN BERMULA

Kotak besar yang di spray kan hitam untuk menghasilkan display yang cantik.


Dibiarkan kering di tempat yang terbuka dan terkena pancaran sinaran matahari

Gigih menyiapkan replica mesin basuh ini.Dari pukul 4 petang untuk mencari barang-barang keperluan dan selesai kerja pukul 10 malam sedangkan esok mahu dipresentkan.

 
Mengukur diameter kotak untuk diletakkan kipas.


Kipas mula diprojekkan


Rilek sebentar!


Big Boss tengah tekun berusaha gigih!


Antara alatan yang diperlukan.



Plug yang dicopkan khas!.tu tulisan tangan saya!..he3

 
Poster kami di kanan sekali berwarna oren!


Mendapat giliran no 8!..tengok tu siapa ketuanya..hi3..:p



Logo kami!


Setakat ini entry kali ini.InsyaALLAH.Next entry bakal menyusurkan suasana pada hari kejadian.Terima Kasih!..Assamualaikum!