Salam hari rabu yang penuh keikhlasan insyaALLAH berkat hendak-NYA…
Di hari yang berbahagia ini,saya pasti dan yakin ramai mahasiswa di seluruh seantero dunia sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan diri untuk menghadapi final exam.Bitaufiq semua ya!.Ha,hari ini sengaja mahu menceritakan kejadian hari semalam.Hari yang penuh kesabaran ya.Ha,kes apa pulak pendekar pajam ini,sengaja mahu buat gempak ya,hihi.Kalau tiada nak bagitau,x ter-update lah blog nih…Kami di USIM ini dikehendaki untuk menyiapkan satu tugasan yang dipanggil e-nilai.Apa itu e-nilai ini?E-nilai ini adalah satu podium untuk menilai keberkesanan seseorang lecturer ini.Seumpamalah dengan borang post-mortem la.Jikalau bagi mahasiswa yang kurang berpuas hati terhadap seseorang lecturer,ini lah masa untuk memberi penilaian yang kurang baik terhadap lecturer itu.Chewah!ajar yang kurang baik pulak ya pendekar pajam ini,Tidak!inilah hakikat yang harus dilakukan oleh seluruh mahasiswa USIM.Tapi ada kisah disebaliknya..haiya!
11.00 AM
Datang ke library USIM dengan hasrat yang murni (murni la sangat) dengan harapan mahu menghafal muqarrar madah tarikh tasriq’ (Sejarah Perundangan) dan menyiapkan E-nilai bagi mencetak slip peperiksaan.Kalau tidak menyiapkan tugasan ini,tidak tercetaklah slip itu.Datang dengan membawa laptop ASUS untuk diwifikan (selamba je kan meng englishkan bahasa).Tiba2 bila mahu bukak portal e-wadi….
Eh!takkan begitu mudah pulak diberi tanda network timeout,?sedangkan wifi dah ada 4 bar.Eh,apa masalah ya?tekan la jugak F5 yang berfungsi sebagai refresh.Tetap keluar network timeout.Ini tidak boleh jadi ini,nak study lagi nih.Tersentak dengan tugasan hafalan yang belum habis lagi,hati meronta dan akal berputar mencari jalan penyelesaian yang terbaik.CC!!yes..ada pun CC!.Pusat teknologi maklumat juga terletak di library ini ditingkat 3.Free lagi.Argh!itulah jawapan terbaik untuk menyiapkan e-nilai ini.OK!teruskan niat tadi.Tapi,siapa pulak mahu menjaga laptop?!,kang tidak pasal2 mahu hilangnya barang ini.Pen diletakkan lalu membingkas diri untuk bangun melihat persekitaran untuk mencari kenalan yang boleh menjaga laptop ini tatkala diri ini mahu bergegas ke tingkat 3.Yes!.nampak sudah kakak (classmate @ satu kelas ) ini sedang study business math!.Laptop diangkat seraya lalu menuju ke meja kaka tersebut.Kakak tersebut dengan senang hati sudi menjaganya.Terima kasih kakak!.
11.20 AM
Sudah menjejakkan kaki di CC dengan harapan mahu menyiapkan cepat e-nilai.Tup tap tup tap bunyi kasut melangkah pergi dan mata berpusing mencari PC yang kosong.Oh,dah jumpa dah!.Sedang2 menuju ke sana,tertulis la pulak “PC dibaiki”.Aduh.Menuju la pula ke PC yang kosong.Eh!nampak elok je screen wallpaper PC ini,bila didekat ke PC ini,tulis pulak ‘Failed to connect server”.Fuyoh!rosak pulak.Sabar je la.Hati yang meronta mahukan e-nilai disiapkan segeralah mencari PC yang kosong.Tatkala ini punyalah ramai mahasiswa yang berada di sini,agaknya hasrat dorang sama dengan saya kot.Orait!dah jumpa nih.Segera lah memasukkan ID matrix dan no IC membolehkan akses internet.Alhamdulillah!dah boleh.Jom2 siapkan cepat,Terus menghalakan mouse ke Mozilla untuk mencari portal e-nilai.Kata kekuncinya sudah dimasukkan dan punat ENTER ditekan.
Eeee..sabar je la…Tekan2 x dapat,macam mana ini.Aduh,kat umah hostel tiada talian internet,macamnya ya.Cuba lagi la,Sudah hampir 10 minit,sama jugak la tiada respon.Yang tahu network timeout, network timeout, network timeout,.Sabar la.
Macam ini la sikit rupanya saya di hadapan PC,
Apabila hati memberi isyarat untuk kembali ke tingkat bawah,tiba2 disapa oleh rakan sepasukan dalam Sukarelawan Polis Siswa Siswi USIM yang jugak penuntut di Fakulti Sains Teknologi.
Man : Nasrul ! wat gapo sini deh ?,
Nasrul : Hehe,aku dok wat e-nilai nih,dok buleh2 lagi nih,tenet jem dekpom,Mu wat gapo sini?
Man : aku supo jugok dengan mu,nok wat e-nilai dulu la.
Nasrul : aku nak oyak sket,mu wat laen kali la deh,jem pekat nih,dok leh msuk,aku dok wat bnyok nih
Man: Yeke?dah tu,mu wat gone?
Nasrul : aku tubit doh awal2.Doh nok turun bawoh nih,
12.00 PM
Terus membawa diri ke meja study.Sebelum itu,pergi mengambil lappy di meja kakak classmate seraya mengatakan bahawa CC di tingkat 3 terlampau bz dan tidak boleh melakukan e-nilai.Kakak tersengih dan saya terus pergi ke meja itu (agaknya kakak itu pun faham ragam CC di USIM pada minggu2 akhir study week).Tatkala itu,diri terus rancak melakukan short note untuk madah ini.Tiba2 hati terdetik untuk on kan lappy untuk melakukan sekali lagi.Jari jemari segera bergegas ke punat butang on dan segera mencapai portal dan Alhamdulillah untuk kali 3 dapat membukannya
ID dan no matrik segera diletakkan dan Alhamdulillah dapat diakses.
Akhirnya dapat juga melakukan e-nilai.(Maaf ya cik faisal,menggunakan image cik untuk tujuan pembelajaran bersama.hi)
Apa yang anda perlu tahu mengenai E-nilai
· Portal yang perlu diakses menjelang final exam (kena buat untuk dapat slip exam)
· Mempunyai sebuah nilaian untuk seorang lecturer
· Saya punya ada 8 subjek,setiap subjek ada 2 pengajar iaitu pensyarah dengan tutor
· 8 darab 2 = 16.16 lecturer yang perlu dinilai
· Soalan yang dinilai untuk seorang lecturer ada 18 soalan
· 18 darab 16 =288 soalan!
· Likert scale untuk e-nilai dimulai 1 (bad) – 10 (excellent)
Tatkala tengah syok menyisi penilaian,tiba2
Sabar je la..tekan la F5 banyak2 untuk tujuan refresh..dengan penuh kesabaran dalam hati...
12.30 PM
Akhirnya slip dapat dicetak jua.Yeah!boleh masuk dewan exam t..hehe
So,AlhamdulillahI
Iktibar dari kisah ini adalah..Sabarlah..setiap kepahitan ada kemanisan..
So,inilah jadual saya sepanjang exam nanti.Diletakkan di wall screen lappy saya.
Sekian,berjumpa lagi..:)
No comments:
Post a Comment