Thursday, December 22, 2011

KEJUTAN LAWATAN ANTARABANGSA

Assalamualaikum Semua!

Hari ini saya ada cerita yang agak menarik untuk semua ya.Ewah!macam gempak je cerita ini.InsyaALLAH gempak.Bagaimana nak mulakan ya.Begini,USIM dan Fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) menetapkan syarat kepada para mahasiswa iaitu membuat aktiviti atau program yang mana diuruskan oleh mahasiswa itu sendiri.Ianya dimulakan dengan tahun 1 iaitu membuat program Lawatan Industri,tahun 2 Lawatan Antarabangsa,tahun 3 Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) seterusnya menganjurkan seminar atau persidangan bagi pelajar tahun empat.Umumnya,saya sudah menyelesaikan tugasan pertama iaitu Lawatan Industri di Berly’s Chocolate dan Ostrich Jelita Farm di Serdang,Selangor dan Seremban.So?program seterusnya LAWATAN ANTARABANGSA.Eh?apa itu lawatan antarabangsa?adik x berapa faham la.He3.Lawatan Antarabangsa ini adalah program lawatan sambil belajar di LUAR NEGARA dan mestilah keadaan ekonomi Negara itu lebih baik dari Malaysia dan mestilah melakukan aktiviti bersama dan bermanfaat seperti melawat Universiti (bukannya pergi melancong) dan mestilah selama 6 hari 5 malam.Wow!macam menarik je?memang la sebab saya tak pernah naik kapal terbang dan melancong di luar Negara.Kawan2 saya yang belajar di luar Negara seperti Jordan,Mesir seronok la ya belajar di Negara orang.Saya ini duduk belajar di Negara sendiri.Xpe2.Kali ini rezeki insyaALLAH.So,FEM telah mengadakan taklimat ringkas dimana memanggil graduan tahun 2 yang terdiri dari bidang Akaun,Muamalat,Pemasaran,KORPORAT.Chewah!kalo korporat tu sanggup wat tulisan besar.Taklimat menerangkan mengenai cara2 untuk mencari dana.Fakulti hanya hanya memperuntukkan sebanyak 15k untuk dibahagikan kepada kumpulan2 ini.So.15 bahagilah 4.Dapat berapa ya?setelah ditolak dicongak,dapat la sedikit?Justeru itu,mencari dana ini diberi tanggungjawab kepada kami semua ini.So,pandai2 la kami mencarinya.Terpulang la untuk mencari samada meminta kepada syarikat besar2 ke,terpulang atas kepandaian dan kreatif sesekumpulan itu.Selain itu,timbalan dekan meminta kami sebolehnya untuk berlepas pergi sekurang-kurangnya hujung akhir tahun 2 kami,eh?hujung akhir tahun 2 ya?sekarang ini sudah berakhir sem 1 bagi tahun 2.Ada lagi 6 bulan lagi.Mampu kah kami?ayyo.Perbincangan organisasi Korporat telah pun bermula  semalam iaitu menetap MT dan AJK bagi lawatan ini.Kami sebulat suara untuk memilih kaum wanita Arrharatnasari sebagai Pengarah.Ini kerana kami berpendapat 2 calon pengarah lelaki agak kurang sebulu sesame sendiri.Undian dilakukan dengan mencalon nama serta meminta calon untuk keluar demi untuk memilih calon dan layak.Semasa calon2 ini keluar,sidang perbincangan kembali panas kerana menilai calon2 yang dipilih secara teliti.Dan ternyata,tugasan ini diberikan kepada kaum wanita kerana Ratna sahaja dilihat mampu mencoolkan 2 calon ini.Setelah itu,kami memberi kuasa autoriti untuk Ratna memilih 3 daripada 5 calon untuk MT (Timbalan,Bendahari,Setiausaha).Seterusnya Ratna meneliti calon2 ini dan meminta agar calon yang dipanggil untuk keluar.Farhana,Syukri,Atikah,Adam dan….dan….dan….NASRUL.Saya agak terkejut!Why me?chewah!dengan redha saya pun keluar.Cececewah..redha la sangat!Setelah itu,kami dipanggil.Tiba-tiba!!..

Ewah!sebenarnya x except langsung mengenai perjawatan ini.Sebaliknya insyaALLAH akan cuba terbaik mungkin.Ketua Exco yang dipertanggungjawab itu nama yang saya warnakan putih tau.Dia akan dipertanggungjawabkan mengikut exco2 itu.Eh,ada rahsia tau!sebenarnya pengarah ini bagitau sebab dia memilih saya adalah saya ini tidak banyak mulut tetapi kerjanya siap.Senyap tau!rahsia.Nanti berkembang pulak Nasrul nieh.Hi3.Maybe beliau melihat hasil kerja saya di dalam laksanakan tugasan multimedia semasa program Orientasi Junior Korporat.Atas sebab itu beliau memilih saya.InsyaALLAH akan melakukan sebaik mungkin.Sebaik sahaja selesai urusan itu,kami memilih destinasi yang dipilih.Oh,mesti korang x sabar ya melihat kan?Nak g mana ya agaknya?Kutub Utara?he3.Gurun Sahara?ayyo..lihat ya….





 
Wah!itulah senarai pendek yang dilakukan untuk pergi ke destinasi tersebut.Kalau saya lah ya?saya mahu pergi Jordan.Hi3..best!.Pergi Jordan+Istanbul.Wah!dua Negara tu.Haa?sebab apa memilih Jordan?Sebabnya rahsia la.Ok lah sampai disini dulu la ya,tak baik bercakap banyak tetapi hasilnya tiada.Doa-doakan kumpulan kami ini agar dapat meneruskan misi kami ini dengan berjaya.Hasil daripada pemilihan lokasi akan saya umumkan kemudian ya.Doa2 kan ya.write off!assalamualaikum.



4 comments:

  1. الرجال قوام على النسأ....ape trjd?hahaha:P

    ReplyDelete
  2. hehe2..xpe2..
    InsyaALLAH kerjanya mantop!...
    bukat niat nak break the rules..
    kami di AJK2 ni kan ramai laagi..
    hasil mesyuarat ialah hasil musyawarah..:)

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaa korang! hua, jeless.. sume negara tu bestt kot!

    p/s: err, cdgn, boleh x buat paragraph by paragraph. huhu. memudahkan readers. :)

    ReplyDelete