Tuesday, February 21, 2012

(Sharing Moment) Siti Fatimah Mukhtar & Arina Nadia Zainal Abidin Pelajar Terbaik SPM - sempena ziarah bumi Mu'tah,Jordan


1) Niat menuntut ilmu
-Paling utama: menuntut ilmu adalah amanah daripada Allah.
-Bila niat kerana Allah, Allahlah yang akan support kita bila susah/senang. Tapi kalau niat selain Allah..contohnya, kerana amanah  ibu bapa, masyarakat dll..kita akan mudah menyalahkan orang lain bila susah. 

2) Adat menuntut ilmu memang susah. Kalau kita berharapkan mudah, kita akan mudah kecundang bila susah.

3) Sentiasa ingat Allah sentiasa dekat dengan kita, malah lebih dekat daripada urat leher kita sendiri.
-Orang yang berjuang, berjihad menuntut ilmu..Allah akan bagi petunjuk.

 4) Jangan compare dengan orang lain. Cthnya pd kecepatan faham/hafalan..mereka lebih capat faham dan ingat daripada kita. Kita usahalah dengan keupayaan kita. Bukan untuk dibandingkan dengan orang lain. Just syukur dengan apa yg ada dan manfaatkan kelebihan yg ada pada diri kita.

 5) Adab menuntut ilmu perlu berhadap/bertalaqqi dengan guru.

Teknik Belajar

 1) Niat. Kenapa kena belajar? Kenapa Allah ciptakan kita? Jwpn: untuk beribadah dan sebagai khalifah. Untuk menjadi khalifah perlu ada ilmu, barulah boleh mentadbir.

 2) Set VISI. Apa yg kita nak capai? Cthnya sprit kisah Bilal bin Rabah. Kenapa beliau sanggup menerima siksaan?  Kerana dia jelas VISI. Utk Allah dan mencapai syurga yg kekal abadi.

 3) Time management
-buat ‘ to do list’dlm sehari. List semua apa yg perlu diselesaikan hari itu.
-Jangan tangguh solat untuk menyiapkan misi..cthnya nk habiskan study..solat kemudian. Solat lebih utama, perkara pertama yg akan disoal dia akhirat. Solat dlu, pastu sambung balik study.
-Jangan buang masa. Kata seseorang(xingt siapa): Buang masa lebih teruk daripada mati.
-Jangan bertangguh.
-Tidur awal.

4) Konsisten.
-  Kata-kata (mafhumnnya): Amalan yg konsisten (istiqamah) lebih disukai Allah drp amalan yg banyak tp x konsisten.

 5) Jangan putus asa.
(Al-Hijr : 56)
“Dia (Ibrahim) berkata, “Tidak ada yg berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yg sesat”
Terus usaha dan berdoa. Allah amat suka kita minta kt Dia.
  • Ulul Albab : seorang muslim yang syumul. Boleh praktikkan 10 muwassafat tarbiyah.

  
Soalan: Bagaimana seimbangkan akademik dan kerja2 persatuan?
Tujuan utama kita belajar (menuntut ilmu) itu priority utama di sini tapi jgn semata-mata akademik.

Berpersatuan sebagai nilai tambah pelajaran yg tidak diajar di kuliyah. Kurang bergaul akan menjadikan kita kekok untuk berhadapan dgn orang ramai.

Mungkin perlu kurangkan program jika fatrah exam. Untuk beri tumpuan sepenuhnya pd exam.
 Kata-kata Ustaz beliau: Untuk manfaatkan masa, manfaatkan  betul-betul masa sekarang. All out!
“Allah suka kita buat pekerjaan dengan bersungguh-sungguh (itqan).”- Mafhum hadith.

Soalan: Bagaimana untuk redha dengan ketentuan Allah?
  •  Kamu menyukai sesuatu pdhal ia tidak baik utk kamu. (Al-Baqarah: 216) – “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal ia tidak menyenangkan bagimu. Tetap boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui. “
  • Mengingati Allah.  (Taha: 14) – “Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah aku dan laksanakanlah solat untuk mengingatku.
  • Solat dan Sabar. (Al-Baqarah : 45) – “Dan mohonlah pertolongan (kpd Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bg org2 yg khusyuk”.
  • Pelihara kehidupan seorang manusia, seolah-olah tlh memelihara kehidupan semua manusia.
(Al-Maidah: 32) “Oleh kerana itu, Kami tetapkan (sesuatu hukum) bagi Bani Israel, bahawa barangsiapa membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia. Barangsiapa yg memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia. Sesungguhnya Rasul Kami telah datang kepada mereka dgn membawa keterangan2 yg nyata. Tetapi kemudian banyak di antara mereka setelah itu melampaui batas di bumi.
  • Tawakkal (Al- Imran : 159)- “Maka rahmat berkat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau berkeras hati dan bersikap kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah keampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengn mereka dlm hal itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, bertawakallah kpd Allah. Sungguh Allah mencintai org yg brtawakal.
  • Allah tidak mengubah sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah diri mereka sndiri.
(Ar-Ra’d : 11)- “Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yg slalu menjaganya   bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya ats perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan trhadap sesuatu kaum, maka tak ada yg dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bg mereka selain Dia. 
Mafhum Hadith : “Orang yang berjaya – Terima Islam, Rasa cukup dengan apa yang ada, Syukur.

Soalan: Bagaimana menghadapi sahabat2 Malaysia yg bermasalah ‘sosial’ di UK/ di tempat-tempat lain?

Pendekatan dakwah secara lembut. Mula-mula bina hubungan yang baik dengan mereka. Tahu latar belakang mereka. Jangan paksa mereka untuk cepat berubah. Bersangka baik.

Punca masalah sosial:

·         Jahil agama.
·         Pengaruh sekeliling
·         Remaja: Keinginan untuk mencuba
·         Aqidah yg tidak mantap.

Soalan: Bagaimana mengatasi rasa lemah semangat?
-Lemah semangat itu normal, tapi jangan biarkan, cari pengubatnya. Kenal diri masing2.

Soalan: Diari harian Fatimah sendiri bagaimana?
-Antaranya: pasang ayat al-Quran setiap masa. Biar al-Quran selalu bersama kerana ia mukjizat.

*Catitan ini adalah daripada mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Kesusasteraan di Universiti Mu’tah Jordan bersempena (Sharing Moment) Siti Fatimah Mukhtar & Arina Nadia Zainal Abidin Pelajar Terbaik SPM - sempena ziarah bumi Mu'tah 19/2/2012. Siti Fatimah Mukhtar berasal dari Kelantan , pelajar pintar yang memperolehi tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A. Sekarang belajar dalam Jurusan Perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.Walaupun belajar di negara orang putih, beliau masih lagi mengekalkan penampilan sebagai seorang Muslimah sejati. Siti Fatimah Mukhtar yang telah menghafaz hampir 17 juzuk Al-Quran dan masih lagi mengamalkan cara hidup melayu islam, termasuk amalan membaca Al-Quran.Seperti yang diunjurkan oleh peribahasa Melayu,jadilah seperti padi,semakin tunduk semakin berisi.Musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memastikan Islam semakin layu dan hanya gah nama dan bukannya pengamalan dan kualiti.”Dan tidak sekali-kali Yahudi Dan Nasrani akan kamu sehingga kamu mengikut amalan mereka”-Al-Baqarah.So,walau dimana kita berada,di UK ke,Jordan ke,Nilai ke,Zimbabwe ke,ingatlah bahawa langit yang kita junjung,kiblat yang kita hadapkan muka,tanah yang kita duduki ini kepunyaan yang maha kuasa dan selalu lah kita bermuhasabah diri untuk mencari nur dan hidayah yang kian menyimpang hidup kita.

Siti Fatimah Mukhtar    
Bertadarus Quran bersama rakan2