Tuesday, December 14, 2010

Zaman Persekolahan PP

Salam semua..
Hari ini PP hendak berkongsi kerinduan PP terhadap kenangan lama PP bersama kawan2.Kali ini PP akan bercerita mengenai kenangan PP semasa menuntut di KULLIAH AL-LUGHAH WA-ADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR ,PEKAN (THE ROYAL TOWN OF PAHANG).Hehehe.

PP mula mendaftar masuk ke sini pada tahun 2009.Apa yang menariknya di sini ialah di sini lah satu-satunya sekolah tinggi yang menempatkan tingkatan 6 (STAM,STPM).No budak2 F1-f5.hehehe..Setelah kami menamatkan SPM di sekolah menengah agama masing-masing,kami berkumpul dan mengambil STAM,STPM di sini.Jadinya kami hanya berkenalan selama setahun je,Kat sini,kitaorang hanya mengambil peperiksaan STAM setahun je.(walaupun boleh ambik 2 tahun),STPM pula amik 2 tahun.
Bermula disini lah,PP ditempatkan di kelas 6 Al-Majdu.Kawan-Kawan PP sumenya ada 33 orang.Di tambah pula dengan guru kelas kami,Sir Mishkatuddin.

Inilah rakan2 kelas PP.Kelas Al-Majdu semuanya..alhamdulillah.Semuanya berjaya melepasi STAM dengan berjaya.Satu rekod yang baik.Bukan senang untuk berjaya dalam STAM.Semuanya ada 11 subjek.Satu Gagal Semuanya GAGAL..Sekarang ini,masing-masing berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.Berikut adalah pengajian masing2 selepas Berjaya dalam STAM.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) = 17 orang
Universiti Al-Azhar = 9 orang

Universiti Islam Malaysia (UIA) = 2 Orang
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNisza) = 1 orang
Universiti Malaysia Pahang (UMP) = 1 orang
Universiti Utara Malaysia (UUM) = 1 Orang
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) = 1 orang
Maktab Perguruan Kuala Lipis = 1 orang

 Alhamdulillah.Kami semua dah berlalu zaman STAM kami sekaligus berakhirlah era persekolahan.PP berharap kawan2 PP semuanya tabah menghadapi dugaan ketika berada di alam universiti.Salam rindu untuk semua kwan2 PP.

2 comments: