Monday, January 3, 2011

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum!
Apa kabar kawan2 sume?alhamdulillah…hari ini 4/1/2011.Maknanya sudah tiba tahun 2011 and beredarlah tahun 2010.Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 untuk dijadikan pengajaran dan pedoman untuk tahun 2011.Selari dengan sepeninggalan tahun 2010 maka makin bertambah usia kita ya.InsyaALLAH dengan sisa baki usia kita ini,kita hiasi/sirami dengan perkara2  yang bermanfaat.InsyaALLAH.tajuk perbincangan hari ini ialah KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA SEKARANG.PP tidak mahu memanjangkan kalam PP dalam blog PP ini tetapi PP mahu meletakkan gambar untuk meletakkan gambar untuk sama-sama kite berfikir sejenak..PP teringat kata sasterawan islam kita iaitu Ibnu Khaldun dalam kitabnya iaitu Al-Muqadimah iaitu “Pada akhir zaman/tamadun,makin tinggilah golongan orang terpelajar namun rendah akhlaknya”..So,sama-samalah kite menghayatinya.
Maksud sabda Rasulullah SAW : "Dua nikmat di mana ramai manusia terpedaya dan tertipu, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan" – Riwayat Bukhari dan Tarmizi dan Ibnu Majah
Daripada Syadad bin Aus RA, Rasulullah SAW telah bersabda :
"Orang yang bijak lagi berakal ialah sesiapa yang boleh menguasai dan menundukkan dirinya serta beramal melakukan bagi sesuatu faedah setelah matinya, dan orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah" – Riwayat Tarmizi 
 
Dari Abul Abbas, Sahel bin Sa'ad as-Sa'idi RA berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah aku suatu amalan, jika aku kerjakannya, nescaya aku dicintai Allah, dan dicintai orang ramai". Bersabda Rasullulah SAW, "Berlaku zuhudlah di dunia, nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah kepada pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai orang ramai" – Hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang hasan
Yahudi dan Nasrani (Kristian) Tidak Sekali-kali akan Redha ...
Kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam telah termaktub di dalam Al Quran. Allah berfirman:

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu kita siapa musuh umat Islam; iaitu:

1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.
So,sama-sama la kita berpikir peranan kita di muka bumi
.

 Sekian sahaja.Wassalam.

No comments:

Post a Comment