Saturday, August 20, 2011

Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan - USIM

Salam.seperti biasa la kan.dah lama x update blog ni.Hari ini saya lebih tertarik untuk menceritakan mengenai bidang yang saya menuntut di Universti Sains Islam Malaysia iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan (Kepujian) selama 4 tahun..(fuh..lamanya)..
Justifikasi Program :
  • Program yang merangkumi semua aspek Pendidikan Islam dan bidang yang berkait rapat dengan Perakaunan dan Kewangan Islam serta konvensional.
  • bagi memenuhi permintaan semasa pasaran dalam bidang pentadbiran korporat, di mana bilangan graduan profesional masih rendah yang berdaftar dengan Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA), berbanding dengan lebih 700 000 syarikat yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  • Karier utama ialah Setiausaha Syarikat dengan kelayakan exam professional dari MAICSA. Antara peluang kerjaya lain ialah legal advisor, eksekutif pemasaran, penasihat kewangan, penasihat pelaburan ekuiti.
 
Komponen Program :
  • pengajian sepenuh masa selama 4 tahun ( 8 semester )
  • sekurang-kurangnya 138 jam kredit
Struktur Program :
  • terbahagi kepada 4 bahagian :
  1. Kursus Wajib Universiti - 22 unit
  2. Kursus Wajib Fakulti - 26 unit
  3. Kursus Wajib Program - 84 unit
  4. Kursus Elektif Program - 6 unit
Program Wajib Fakulti :
  • Tahun pertama : Lawatan Industri
  • Tahun kedua : Lawatan Antarabangsa
  • Tahun Ketiga : Program Usahawan ( I-ceps)
  • Tahun Keempat : Latihan Industri
Semasa menjalani Lawatan Industri.Inilah Geng2 Korporat Saya!..



now, let's see what are the courses offered (which is compulsory for everyone to take) in first year : 
Sem 1 :
  • Bahasa Inggeris 1
  • Bahasa Inggeris 2
  • Bahasa Arab 1
  • Bahasa Arab 2
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • Hubungan Etnik
  • ICT
  • Ko-Kurikulum
Sem 2 :
  • Bahasa Inggeris (for business)
  • Bahasa Arab (for business)
  • Prinsip dan Amalan Komunikasi Dakwah
  • Pengantar Perniagaan
  • Prinsip dan Amalan Pemasaran
  • Ekonomi Perniagaan
(you guys will also have a short sem for about 2 months which is also compulsory for all first year students, except admin will diminished it..hee)

Short Sem :
  • Akidah Islam
  • Fiqh Ibadat dan Munakahat
and this is my batch! :)... going to be 2nd year this upcoming semester.  
and welcome to all juniors! :)

 

8 comments: