Tuesday, December 20, 2011

Rentetan Kalungan Hati Yang Terpendam

     Tatkala kalian bertungkus lumus menyiapkan diri untuk menuju ke medan peperiksaan pada bulan 1 ini,aku bergembira dengan minggu terakhir perkulliahan ini,bukanlah aku bergembira kerana bakal berjumpa dengan penguji ilmuku tetapi bergembira bahawa belenggu dan tanggungjawab sebagai ketua kelas dilepaskan setelah kalian memilih aku sebagai ketua kelas.Aku bersyukur dan amat terharu dengan kepercayaan kalian memilih aku sebagai ketua kelas namun terdapat juga akan sikap-sikap kalian yang kurang menyenangkan di mata ini.Bukanlah sifat aku yang suka berterus-terang dan suka mengata buruk terhadap kalian.Namun,mulut ini sering terkunci mengenangkan hati kalian yang peril dijaga.Ya,memang hati kalian perlu dijaga.Tapi,sampai bilakah harus hati kalian harus kujaga,hati ini siapakah yang akan menjaga?aku sering mengharapkan akan diberi ketabahan dan inayah oleh ALLAH tapi aku juga hamba biasa.Aku tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada kalian.Tetapi moga2 penulisan blog ini dapat meringan beban hati agar tenang melangkah dalam kejayaan di medan peperiksaan.Pada hari diangkat menjadi ketua kelas,aku merasakan tanggungjawab dan beban yang akan melanda.Ya,ALLAH ciptakan manusia untuk menjadi Khalifah,aku tidak menafikan itu,tetapi menjadi ketua kelas bermakna menjadi tonggak dan orang yang pertama mengetahui hal –ehwal dalam kelas.Namun,aku rasakan menjadi ketua kelas seperti menjadi beban orang.Maafkan jika sering membebel sebegini.Aku tidak merasakan bahawa aku adalah ketua kelas yang sempurna.Apatah lagi menjadi ketua kelas di USIM ini amat berlainan dengan alam persekolahan.Hari yang aku dipertanggungjawabkan,kalian memberi ku peluang untuk berucap dan aku mengambil kesempatan itu dengan mengupas kembali 1 tahun kita bersama .Aku menyatakan pada sem kali ini bahawa rancangan untuk menggabungkan kumpulan assignment dengan cara menggabungkan ahli yang cerdik pandai dengan yang kurang bernasib baik.Ini bukanlah aku hendak mementingkan diri untuk mencampakkan diri ku ke dalam kumpulan yang baik tetapi aku sayangkan kalian demi untuk kalian mendapatkan markah assignment yang baik untuk dibawa ke final exam.Tetapi sayang,kalian memanipulasikan idea ku dengan menyatakan bahawa manusia diciptakan semua sama sahaja.Ya,di situ aku merasakan bahawa kalian tidak menerima idea aku.Mungkin juga idea aku ini tidak menepati citarasa kalian.Aku terdiam dan tidak mahu bercakap mengenai kerana hati kalian dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.Tetapi ketahui lah bahawa,ALLAH ciptakan semua berbeza,Lelaki Perempuan,Siang Malam,Pagi Petang,Jantan Betina,ALLAH hanya memandang usaha kita dan selebihnya kita serahkan kepada ALLAH.Itulah konsep prinsip tawakal.Bukannya sedar akan kemampuan diri kita,kita bergerak dengan usaha kita sahaja.Itu bukanlah konsep kemajuan yang mahu diterapkan dalam diri kita.Begitu juga dengan syarat mahasiswa masuk ke dalam alam menara gading.Mereka berbeza latar belakang mereka,iya mereka dari diploma,matrik,tamhidi,asasi,STAM,STPM.Mereka datangnnya dari latar belakang yang berbeza,untuk apa dicipta kan berbeza?Untuk melengkapi kekurangan yang sedia ada.Aku harap kalian sedar bahawa pointer juga penting untuk dibawa ke tahun akhir.Perjalanan masih panjang,aku sangat2 berharap bahawa kalian faham akan konsep aku untuk menaikkan korang.Dah berlalu satu sem,banyak kan perkara terjadi hanya dalam konteks assignment,banyak perkara tergendala.Kita buat perkara2 ini di akhir2 minit ya.Indahnya saat itu ya,aku berharap di lain hari kalian akan lebih concern tentang tugasan ini.Iya,golongan laki hanya ada 2 lelaki berlatar belakang diploma dan tahmidi,untuk 2 tahun awal ini,golongan STAM amat memerlukan mereka untuk membimbing mereka dalam segi mengenal budaya U,membuat assignment, dan sebagainya.Namun maybe dunia ini sudah terbalik,yang STAM pula lebih concern.Aku bukanlah mahu mengungkit kerja2 yang dijalan oleh aku tetapi aku hanya meluahkan dan aku menuntut kalian agar berubah dan menjadi lebih tanggungjawab.Kalian ingatkah survey statistik yang kita lakukan?kita diberi masa selama sebulan untuk mencarinya.Aku menyerahkan tugasan untuk menaip borang itu kepada Fulan Bin Fulan untuk menyiapkannya.Tetapi malangnya,aku juga yang terpaksa taip kerana maybe fulan itu sibuk.Harapnya itu lah,Aku menaip bukanlah untuk sibuk mencari kerja tetapi aku malu untuk menebalkan muka dengan mengatakan ‘maap puan,kumpulan saya tidak menyiapkan kerja lagi’.Setelah itu aku mengirimkan borang itu kepada kalian di internet,aku mengharapkan kalian mencari 20 orang untuk ditemu uji.Tetapi,pada saat2 akhir kalian menandanya sendiri kan?Tidak mengapalah kerana totur itu tidak mengetahui.Mungkin akan sifat lelaki yang suka membuat kerja2 saat akhir.Tetapi apabila aku mengirimkan SMS yang menyuruh kalian memasukkan data ke dalam excel,kalian menyuruh aku datang ke rumah kalian sedangkan esokkannya kita mempunyai exam dan tugasan lain?Sampai hati kalian,untuk apa kalian masuk ke dalam kelas dan mengangguk kepala tanda memahami tetapi kalian tidak tersemat pun ilmu itu dalam hati?Nada menyuruh aku datang ke rumah kalian dan aku menerima mesej yang berbunyi ‘ko bleh x jangan nak mengarah,dtang umah aku cini la,sial’.Aku paham la kalo budak itu mulut selalu nak bergurau tetapi aku amat terasa dengan itu.Seolah2 aku kuli batak korang.Serius,hati aku amatlah rapuh untuk menahan gurauan tersebut.Amatlah terasa + letih kerana  hendak melayan kerenah kamu semua tetapi hati kalian yang perlu dijaga.Aku amatlah risau dan tidak mahu situasi masing2 menjebek muncung bibir masing2 tanda keegoan masing2.Demi menjaga hati kalian,aku rela korbankan perasaan aku ini.Tak mengapalah,asalkan korang bahagia dan dapat belajar dengan sempurna.Aku menulis rentetan hati ini bukanlah untuk menagih simpati daripada kamu semua tetapi untuk menyedarkan kalian bahawa kita masing2 ada kesilapan.Aku akui yang diri bukanlah sempurna dan kehadiran kamu semua menyempurnakan kehidupan aku.Aku amat terkilan dengan sikap kalian yang sudah berumur 20 keatas dan memegang status mahasiswa USIM tetapi sikap kalian tidak ubah seperti di alam persekolahan.Ingin aku ceritakan mengenai sikap salah satu sahabat kalian,bukanlah aku ingin membuka pekung didada ataupun mengaibkan pihak yang bergelar sabahat tetapi inilah titik mula untuk kita berubah.Kisahnya daripada awal sem sehingga abis sem asyik bertanyakan mengenai kelas dimana,ada kelas ke tidak.Adakah kamu tidak mengambil peduli akan kelas kamu?Iya,selari ketua kelas mestilah memastikan kelas berjalan dengan lancar tetapi jika kamu asyik bertanyakan kelas,aku rela meletakkan jawatan dan menjadi PA Assistant kepada kamu.Apabila melangkah di alam U,tidak ada siapa yang peduli akan jadual kehidupan kita,bukan seperti di alam persekolahan yang wujud warden untuk mengawal jadual kita.Maybe tidak mengapalah,sekarang ini minggu terakhir perkulliah,aku bergembira dengan berakhirnya tugas aku sebagai PA korang.Tambahan satu cerita yang ingin aku kongsikan bersama kamu semua mengenai assignment.Sengaja aku untuk menyuruh fulan ini untuk membahagikan kerja2 untuk dibuat bersama,tetapi menolak dengan alasan “aku tidak reti buat menda ini”.Tahniah la,aku pun sama latar dengan anda iaitu daripada STAM,datang ke USIM bermula dari 0 tentang cara membuat assignment,tetapi saya cuba untuk menjadi mahasiswa yang tidak meninggalkan jurang yang besar sesama mahasiswa yang berlatar belakang yang berbeza yang umum mengetahui mereka mempunyai kelebihan kita.Iya,suma manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2 namun,atas diri kita untuk menggerakkan diri kita sendiri,adakah kita mahu melengahkan masa dan terus menghidu keseronokan alam U ini?Tidak mengapalah,mungkin kalian tidak mengertinya,Alhamdulillah,dengan hasil meeting yang terdahulu yang menetapkan bahawa tugas ketua kelas akan berubah mengikut sem.Aku akan merindui memori tentang aku bergegas mencari kelas kosong awal2 pagi,telefon ustaz@ustazah,menebal muka jumpa staff USIM,fotostatkan usul fiqh untuk korang,menjadi PA korang,menjadi juru assignment korang.Aku berharap pengganti ku ini adalah orang yang kalian benar2 berharap untuk memimpin korang.Maafkan kesilapan aku sepanjang bergelar ketua kelas untuk 6 bulan ini.Aku maafkan korang dan harap korang dapat memaafkan aku.Aku syang korang sebagai sahabat dan aku mahukan yang terbaik untuk korang.Harap kalian mengerti.Goodluck final exam.Off!wordless…..
Nasihat yang ringkas
·       Jagalah hati pemimpin anda
·       Jaga mulut kerana dengan mulut dapat mengetahui nilai segumpal darah  bernama hati
·       Sentiasa updatekan masa anda
·       Concern dengan tugasan anda
·       Jangan nilai seseorang itu pada wajahnya,maybe seseorang itu ceria di wajahnya tapi hatinya gundah gelana.Kata2 Hukama’ pernah menyebut “Berhati2 lah dengan orang yang tidak pernah marah”.



Andai Aku disisiMU - Hafiz Hamidun

Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

c/o
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu

Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Artis: Hafiz Hamidun
Album: SYUKRAN
 
 

No comments:

Post a Comment