Friday, December 30, 2011

Segmen Terjah Novel

Assalammualaikum……

Semalam saya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan ibu,abah serta adik2 sempena nak dekat exam.Best!jumpa juga kawan saya yang nak exam arini di salah sebuah Negara timur tengah.Bitaufiq wanajah!Keesokannya saya terpandang novel pertama saya yang terdapat almari nih.Dengan suka suki nya,saya dengan rela untuk menceritakan serba sedikit mengenai novel ini.Novel ini menarik perhatian saya semasa berada di tingkatan 5,ketika itu,dekat2 dengan SPM,sebabnya buku ini baru sampai ke library,kawan saya ni pegawas perpustakaan,So,tiap2 malam boleh pergi ke library tu.He3.Nama bagi novel ini adalah Warkah Cinta Berbau Syurga.keluaran PTS.Best tau.!

Cover Lama : Ini versi pertama yang saya baca di library.
 Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Petikan synopsis dari novel pertama keluaran PTS yang pertama dimiliki oleh diri ini….

Jalan ceritanya adalah lebih santai tetapi memberi maksud yang mendalam pada diri ini. Tiga watak utama iaitu Amir Mukhlis, Wardah dan Balqis.... Tetapi watak yang lebih menyerlah adalah Amir Mukhlis dan Wardah....

Pasti ramai yang ingin seperti Wardah, memendam cinta pada Amir Mukhlis sehingga akhir hayat tapi pasti jua yang menyatakan kebodohan Amir Mukhlis memerangkap dan membuatkan Wardah keliru dan dilema....

Pilihan terletak pada diri sendiri...tafsiran pada pengajaran cerita juga terletak pada diri sendiri kerna kini kita bukan lagi di bangku sekolah apabila membaca novel KOMSAS tingktan 5, setiap babak dan bait-bait ayat ditafsir di dalam kelas. Satu persatu nilai dan pengajaran di kupas.

Balqis.....Watak yang muncul di bangku sekolah kemudian rentetan ke Kaherah, Mesir. Sering kali menjadi watak di selamatkan oleh Amir Mukhlis. Watak yang lembut dan tiada ketegasan dalam personaliti. Kelihatan lebih sabar.

Wardah......Watak dari bangku sekolah kemudian ke alam perkahwinan sehingga ke akhir hayatnya diceritakan. Mencintai Amir Mukhlis sehingga cuba mendapatkan kepastian dari Amir Mukhlis. Tindakan yang berani menyatakan hasrat hati kepada Amir Mukhlis. Bersikap lebih gopoh berbanding Amir Mukhlis. Satu kelemahan dalam diri Wardah apabila gagal bersikap tegas pada diri sendiri tetapi sering tegas terhadap Amir Mukhlis untuk mendapatkan jawapan. 

Amir Mukhlis......Watak sejak dari bangku sekolah, sehingga ke Kaherah dan akhirnya pulang ke Malaysia bagi merawat penyakit yang dihidapi. Wujud penegasan dalam diri Amir Mukhlis. Dapat juga dilihat matlamat yang dibina berjaya dicapai. Prinsip yang dipegang juga tidak roboh dengan mudah apabila digoda dan dirayu oleh Wardah mahupun Balqis.

Jika ditanya, mengapa buku ini memberi kesan yang mendalam, bukan diri ini bermimpi untuk menjadi seperti Wardah yang setia ke akhir hayat tetapi prinsip dan penegasan Amir Mukhlis yang lebih dikagumi dan sering dicari-cari dalam diri. Sikap tidak mahu mempermainkan hati dan perasaan orang lain yang wujud pada diri Amir Mukhlis dan sikap tidak mahu bermain dengan benda yang tidak pasti.

Iya....jujurnya setiap kali membaca buku ini, pasti hati akan merintih sedih....cuba muhasabah diri tentang betapa kasih dan cinta terhadap ALLAH, perjuangan dan ilmu itu lebih tinggi.......Lebih merintih disaat membaca warkah Wardah buat Amir Mukhlis jua...ada kenangannya

Ulasan ini hanyalah sekadar pandangan yang telah membaca novel ini sejak tahun 2008. Ini hanyalah pandangan peribadi.Buku ini ada ditangan saya,hehehe,mahu dibuat koleksi ya..

Next synopsis novel: Salju Sakinah,Zaid Akhtar,PTS Production

Ini pulak buku yang saya miliki,He3

No comments:

Post a Comment